Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Riyadh diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Fauzi Isa pada 1998. Madrasah yang terletak di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang ini didaftarkan di bawah MAIK.
Semasa hayatnya, Allahyarham Ustaz Fauzi pernah menyertai pertandingan Hafazan Al-Quran di peringkat negeri dan antarabangsa.
Kini pengurusannya diambil alih oleh Rosminie Che Soh iaitu pelajar tahfiz Kampung Serada, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
Pada awal operasinya, pondok ini hanya mempunyai lapan orang pelajar yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-982 0013 / 09-795 0175
E-mel: mtaqdr-rp@yahoo.com
No comments:
Post a Comment